Trading dan Investasi

ad1

Iklan Gratis

Puisi Dua Duka yang Berbeza

Puisi Dua Duka yang Berbeza

Piool.com - Duka nestapa
perihal dunia
tiadalah sebanding
dengan azab
di alam sana

Duka nestapa
di dunia
sering kali sementara
permainan hidup belaka
menguji dan mencuba
utuh lemahnya jiwa

Duka nestapa
di alam sana
entah bagaimana
kerana belum tiba rasa
namun dalam mushaf telah tertinta
betapa berat tanggungjawabnya

Tiadalah upaya kami
untuk menghadapi dan mengalami
azab pedih yang tak terperi
kupohon Kautuntun kami
berada di jalanMu, ya Ilahi.

Awang Sariyan
Di denai kehidupan
DBP, Kuala Lumpur 2016

Cara Agar Diterimanya Amal Soleh

Cara Agar Diterimanya Amal Soleh

Topoin.com - Tidak ada yang lebih penting dalam hidup ini selain apa yang kita lakukan diterima oleh Allah sebagai amal soleh kerana yang jadi bekal kalau kita sudah mati adalah amal soleh kita. Kita harus berusaha keras sebelum beramal meluruskan niat agar apapun yang kita lalkukan lillahi ta’ala kerana setiap amal innamal a’malu binniyat. Setiap amal itu tergantung dari niatnya.

Sebelum beramal kita harus sangat bertanya; bagaimana kita barusan. Niat yang menentukan. Qobla subuh, tahiyatul masjid dan solat subuh sama dua rakaat yang membezakan ialah niatnya. Ketika sedang beramal berusaha keras agar tidak belok niat kita. Jangan sampai ada kesenangan dengan pujian makhluk dibanding dengan ingin diterima oleh Allah.

Dan jikalau sudah selesai beramal, hati-hatilah. Jangan sampai merasa inilah jerih payah saya. Ini adalah perjuangan. Ini adalah kegigihan saya. Tidak ada kalau sudah selesai. Cuma satu saja, min fadli rabbi. Semua ini hanyalah kurnia Allah,untuk menghilangkan rasa berjasa.

Mari kita berusaha sekeras mungkin sekuat tenaga untuk menghilangkan rasa berjasa, rasa sudah berbuat, rasa sudah berjuang, rasa sudah berkorban kerana yang adalah kurnia Allah saja.
Semakin kita merasa ini jerih payah kita sendiri maka semakin hilang pahalanya. Tapi semakin merasa bahawa semua kurnia apapun hanyalah kemurahan Allah. Semoga semakin utuh ganjarannya.

Jangan mengingat-ingat jasa dan kebaikan. Jangan menyebut-yebutnya. Dan jangan menuntut orang lain membalas kebaikan kita. Kita terpilih bisa berbuat baik pun sudah nikmat yang luar biasa. Semoga Allah selalu menyedarkan kita untuk menjaga hati sebelum, sedang dan sesudah beramal.

Amiin ya Robbal alamin.

KH Abdullah Gymnastiar.

Tak kala azan berkumandang

Tak kala azan berkumandang

Piool.com - Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata nabi Adam as yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahterakanlah bumi kerana terangatnya taubat. Rasulullah saw bersabda: Kalau kamu tahu apa yang aku tahu maka kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Bukankah nabi pernah juga bersabda: Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala.

Menangislah sekarang sebelum menangis di kemudian hari. Menangislah wahai diri, agar senyuman banyak di kemudian hari kerana engkau belum tahu, nasibmu di puak kanan atau di puak kiri.

Di sana lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat rasulullah saw yang dikasihi Tuhan. Menangislah seperti saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata: Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.

Ibnu Masud ra berkata : Seorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur dan waktu siangnya. Ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara khusyuknya di waktu orang lain berbangga. Seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyalah orang-orang yang soleh mengapa dia tidak berhibur: Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhatian kami ialah Allah.

Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung, Allah sedang menantimu di [intu taubatNya. Pulanglah padaNya….dan menangislah untukNya. Menangis untuk menagih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya.

Sabda rasulullah saw : Ada dua titisan yang Allah cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah. Semoga Allah merahmati serta memberkati perjalanan hidup kita untuk bertemu denganNya. Ameen.

YouTube
Azan sedih….anda mungkin menangis

Layanan Ar-Ridha as

Layanan Ar-Ridha as

Kami berada  bersamaAr-Ridha as dalam perjalanan ke Hurasan. Maka pada suatu hari beliau menyuruh disiapkan makanan. Maka dikumpulkanlah semua pelayan dari bangsa Sudan dan lainnya. Aku berkata kepada beliau; Alangkah baiknya seandainya anda memisahkan diri dari mereka ini.

Maka berkatalah beliau: Mengapa aku harus memisahkan diri? Tuhan Tabaraka wa Ta’ala itu satu, ibu umat manusia satu, ayah mereka pun satu, sedangkan pembalasan (di akhirat) tergantung pada amal perbuatan.

Kepala  pelayan beliau mengatakan:  Apabila salah seorang di antara kami sedang makan, maka Abul Hasan as tidak akan menyuruhnya mengerjakan sesuatu sampai dia selesai makan.

Wallahu ‘alam.

Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur, 1997

Nasib bahasaku

Nasib bahasaku

Tertanya pada diri
berbaloikah aku merungut benci
pabila bahasaku digaul semahu hati
konon atas nama modernisasi.

Diperlaku bak hilang arah
nasib bahasaku semakin parah
direncah sesedap rasa
konon demi menyatu warga
berdekah sinis sipenjual rojak.

Sang pencinta
melepas batuk di pentas debat
sang pejuang terluka
pekik sayupnya tak didengar
sang pujangga
urusan perut tak pernah selesai.

Salah siapa
bahasaku kini kehilangan peribadi
merempat di bumi sendiri
siapakah ambil peduli.

Bahasaku
menyusur hilang dalam terang
apakah dapat ditawar lagi.

Mohd Salleh Osman
Putrajaya
Mingguan Malaysia

31 Dis 2017

Doa Imam Sajjad as ( 6 )

Doa Imam Sajjad as ( 6 )

Allahumma ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. Jadikanlah aku bersegera mendatangiMu dalam keadaan darurat dan meminta kepadaMu dalam kebutuhan, bermohon-mohon kepadaMu dalam kemiskinan. Janganlah Kau coba aku dengan meminta tolong kepada selain Engkau manakala mengalami kesukaran atau merendahkan diri untuk meminta kepada selain Engkau manakala sedang melarat,yang kerana itu aku menjadi berhak Engkau abaikan, tidak Kau beri dan Kau tinggalkan, wahai Yang Maha Pengasih dari yang mengasihi.

Allahumma ya Allah, jadikanlah apa yang dimasukkan oleh setan ke dalam hatiku berupa angan-angan, prasangka dan dengki, menjadi ingatan akan kebesaranMu dan tafakur atas kemahakuasaanMu dan rancangan siasat menghadapi musuhMu. Dan ubahlah apa yang berani aku ucapkan pada lidahku berupa kata-kata yang keji, rancu, mencerca kehormatan orang, kesaksian palsu, membicarakan keburukan orang yang tak ada di tempat atau mencela orang yang hadir atau yang serupa itu, menjadi ucapan yang berisi pujian kepadaMu, tenggelam dalam pujaan kepadaMu, terus-menerus mengagungkanMu, bersyukur atas nikmatMu, mengakui kebaikanMu dan menghitung-hitung pemberianMu.

Aameen.

Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur, 1997

Mendidik tidak pernah berdosa

Mendidik tidak pernah berdosa

Tangan tak pernah
memberi warna hitam
pada badan yang suci
kerana kita ada hati
untuk memberi jalan
mendidik insan.

Atas nama mendidik
tidak lah diberi gerakkan tangan
menghinggap kesakitan
tetapi masih ada suara
berbisik ke arah kebaikan.

Mendidik tidak pernah berdosa
kerana di pohon tangan kita
sentiasa  berbungakan anak bangsa
untuk disiram dengan air kasih sayang.

Ahmad Firdaus
Tanjung Malim
Mingguan Malaysia
31 Dis 2017

ad2

Chord dan Lirik

Explore Indonesia

Broker Kripto

Tempo Doeloe

Olahan Makanan

Ulasan Film

Keimanan dan Keyakinan

Top Bisnis Online

Tips dan Trik